Peleraian paparan
Peleraian paparan

Peleraian paparan

Peleraian (atau resolusi) paparan televisyen digital atau komputer biasanya memaksudkan bilangan piksel di setiap dimensi yang boleh dipaparkan. Namun begitu, istilah ini mungkin tidak jelas sangat, terutamanya kerana leraian yang dipaparkan itu dipengaruhi oleh faktor-faktor berbeza dalam tiub sinar katod (CRT) dan paparan panel leper atau unjuran yang menggunakan tatasusunan elemen (piksel) gambar malar.Salah satu penggunaan "resolusi digital" diaplikasi pada paparan tatasusunan piksel malar seperti panel paparan plasma (PDP), paparan hablur cecair (LCD), projektor pemprosesan cahaya digital (DLP), atau teknologi-teknologi seumpamanya, iaitu bilangan lajur dan baris piksel yang menghasilkan paparan (cth., 1280×1024). Salah satu kesan paparan piksel malar ini ialah, bagi input video berbilang format, semua paparan memerlukan "scaling-engine" (sejenis pemproses video digital yang merangkumi tatasusunan ingatan) untuk memadankan format gambar yang masuk pada paparan.Diingatkan bahawa penggunaan peleraian dalam konteks ini agak mengelirukan. Istilah "peleraian paparan" ini memaksudkan dimensi piksel (cth., 1280×1024), yang tidak menyatakan apa-apa mengenai leraian paparan yang sebenarnya terbentuk dari imej (yang lazimnya diberi dalam bacaan piksel per inci (digital) atau bilangan baris yang diukur secara mengufuk, per ketinggian gambar (analog)).